Apa itu dropship??
Dropship ialah satu konsep perniagaan yang mudah, ringkas dan amat sesuai dengan perniagaan internet atau bisnes online kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes online, mereka pasti mahu bisnes dengan modal yang minima atau tanpa modal! Sungguh menarik kan?
Konsep dropship ni juga boleh dipanggil sebagai Teknik Jana Wang Tanpa Modal. Kaedah Dropship Jadi, untuk berniaga secara dropship, anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Seterusnya, iklan dan promosikan produk tersebut di laman sosial, laman-laman pengiklanan, forum, blog dan sebagainya. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu menghubungi pembekal/dropshipper produk tersebut dan pembekal itu sendiri yang akan melakukan pembungkusan dan penghantaran untuk anda. Dalam bahasa yang mudah, anda menjadi orang tengah.
Sementara segi harga pula, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar pembekal tersebut dengan harga agen. Agen Dropship Siapa yang banyak berniaga secara dropship? Sebenarnya dropship ini amat sesuai untuk golongan yang sibuk tetapi ingin mencari duit sampingan dengan buat bisnes online. Antaranya ialah pelajar, pekerja kerajaan, guru dan blogger. Dengan adanya sistem dropship ini, kerja mereka akan menjadi lebih mudah. Mereka hanya perlu buat promosi dan mengambil pesanan daripada supplier untuk dihantar terus kepada pelanggan tanpa menyimpan stok!
Kami Ainieyz Beauty Center Enterprise menjemput anda yang berminat untuk menjana pendapatan dengan menjadi agent dropship dan pengedar dibawah Ainieyz Beuty Ent. Keutamaan diberikan buat anda yang benar-benar ingain menambah pendapatan sampingan. komisen bergantung pada harga barangan dan anda layak untuk mendapat harga sebagai agent tanpa mengeluarkan modal yang besar untuk berniaga.
SYARAT-SYARAT AGENT DROPSHIP
Agent-agent dropship kami WAJIB membuat order sekurang-kurangnya 1x seminggu untuk melayak kan anda mendapat harga dropship untuk semua produk. Jika lebih dari 4 minggu tiada sebarang sales kami akan mengeluarkan anda dari group support dropship kami. Untuk sebarang update tentang harga dan info produk-produk anda akan dimasukkan kedalam group whatsap pengedar dan agent di bawah aurabeautykiosk untuk memudahkan anda untuk berkomunikasi dan memesan pesanan anda.
Proses pengeposan akan dilakukan oleh pihak kami, tugas anda hanya mempromosi kan barangan yang kami jual. Sila pastikan barangan dan kuantiti yang betul sebelum memesan pesanan anda. Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum barangan yang dipesan di pos ke alamat penerima. Bayaran yang telah dijelaskan pada sebelum jam 2ptg sahaja akan diprocess untuk dipos ke alamat penerima. Pihak kami melakukan pengeposan setiap hari Isnin hingga Jumaat. Senarai harga dropship akan di update dari masa ke semasa melalui aplikasi whatsapp group.
Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemushkilan anda boleh berurusan terus dengan saya selaku admin di talian.
No comments :
Post a Comment