Showing posts with label Laman Petua. Show all posts
Showing posts with label Laman Petua. Show all posts

Monday, 15 February 2016

Petua Merawat Bibir Pecah

.

Petua Merawat Bibir Pecah Akibat Kepanasan

Bancuh segelas air kelapa muda bersama sebiji telur ayam kampung. Minum ketika cuaca panas.

Petua Mengilatkan Cermin

Cubalah salah satu petua berikut untuk membersih dan mengilatkan cermin muka di rumah.

1) Masukkan satu sudu cuka dan sedikit air di dalam bekas penyembur. Sembur cermin dengan air cuka dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu hingga berkilat.

2) Basahkan sehelai surat khabar. Tabur sedikit bedak pada surat khabar dan gunakannya untuk mengelap cermin. Ulang beberapa kali sehingga puas hati.

Petua Bibir Lebih Merah


Inginkan bibir kelihatan cantik kemerahan secara semulajadi?
Cubalah petua di bawah:

- Sapukan isi buah tomato pada bibir setiap hari. Boleh lakukan beberapa kali sehari, tidak kira pagi petang atau malam. Bibir anda akan kelihatan segar kemerahan bak tomato.

- Tumbuksedikit kunyit hidup dan campurkan dengan sesudu pati santan. Sapukan pada bibir. Amalkan 3 kali seminggu.

Selamat mencuba.. :-)

Petua Membersihkan Barangan Kemas

Barang kemas anda kelihatan tidak berseri seperti asal?
Naikkan serinya semula. Cubalah petua di bawah ini.


Petua Membersihkan Barangan Kemas 1

Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.


Petua Membersihkan Barangan Kemas 2

Rendam teh cina semalaman. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih dan lihatlah hasilnya.


Petua Membersihkan Barangan Kemas 3

Rendam barang kemas ke dalam air suam selama sejam. Berus dengan berus gigi dan ubat gigi. Bilas bersih dan rendam dalam air selama beberapa jam. Sejatkan di atas kain kering.


Petua Membersihkan Barangan Kemas 4

Rendam barang kemas ke dalam air suam dengan beberapa keping asam gelugor (asam keping). Biarkan selama 4 jam. Bilas dengan air bersih dan sejatkan di atas kain kering.

Petua Berhenti Merokok


Mahu berhenti merokok?
Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu

Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan

Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa

Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Petua Hilangkan Bau Mulut

.

Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ? Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu unuk bercakap dengan orang ramai. Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3)Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

5)Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6)Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.

Petua Hilangkan Bau Peluh


Petua Hilangkan Bau Peluh 1
Jemur segenggam biji buah delima sehingga kering. Tumbuk hingga lumat dan halus. Sapukan pada bahagian badan yang berbau peluh seperti memakai bedak.

Petua Hilangkan Bau Peluh 2
Ambil segenggam daun jambu batu dan beberapa helai daun limau nipis. Bersihkan dan tumbuk hingga halus. Gunakan untuk sental badan sebelum mandi. Setelah sental, biarkan beberapaminit danmandi seperti biasa.

Petua Melembutkan Ayam Tua



Petua Melembutkan Ayam Tua 1
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

Petua Melembutkan Ayam Tua 2
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 3
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 4
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 5
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 6
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa. 

Petua Melembutkan Ayam Tua 7
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Petua Melembutkan Ayam Tua 8
kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

Petua Mengurangkan Batuk

Anda mengalami batuk yang teruk?

Apakata cuba petua-petua di bawah ini untuk mengurangkan batuk.
Petua Mengurangkan Batuk 1
Ambil perahan jus dari sebiji limau nipis dan dicampurkan dengan sesudu madu. Minum setiap pagi semelum sarapan selama seminggu.


Petua Mengurangkan Batuk 2

Ambil sebiji limau sunkist, buat lubang dengan toreh pangkah pada kulit bahagian atas limau tersebut. Sumbat sesudu gula batu pada lubang tersebut. Masukkan limau tersebut ke dalam periuk nasi yang sedang tanak nasi ketika nasi tersebut sudah kering. Tutupperiuk dan biarkan sehingga nasi masak.
Setelah nasimasak keluarkan limau  tersebut dan makan dengan mendahului bismillah serta selawat ke atas nabi. Amalkan sehingga sembuh.


Petua Mengurangkan Batuk 3

Masukkan 2 sudu nasi panas yang baru masak ke dalamcawan dan tambahkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut semalaman dan minum air nasi itu pada keesokan paginya. Amalkan sehingga sembuh.


Petua Mengurangkan Batuk 4

Campurkan 1 sudu madu lebah asli dengan 1 cawan air suam. Kacau hingga sebati dan minum 3 kali sehari.


Petua Mengurangkan Batuk 5

Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat untuk mendapatkan jusnya yang pekat. Tambahkan sedikit gula dan embunkan semalaman. Minum 2 kali seminggu.


Petua Mengurangkan Batuk 6

Rendam sedikit kerak nasi dengan air suam sehingga kembang. Ambil airnya dan minum. Amalkan setiap pagi.


Petua Mengurangkan Batuk 7

Rebus 2 biji pisang masak sehingga lembik, masukkan secawan santan, sedikit garam dan sedikit esen vanila. Makan sebagai sarapan setiap pagi. InsyaAllah batukakan berkurang.

Petua Awet Muda - Air Suam



Amalkan minum air suam setiap pagi selepas bangun dari tidur sebelum mengambil sarapan. Mudah sahaja tapi mujarab. Disamping itu, luangkan masa anggaran selama 4 minit sehari untuk amalkan urutan ini:

Gunakan sentuhan yang ringan dengan lembut. Gunakan hanya bahagian jari. Buat dalam gerakan dari bawah ke atas dan dibawa ke luar wajah. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, bacalah bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.

klik gambar untuk kelihatan lebih besar-


Petua Hilangkan Kedut di Wajah

Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. 
Amalkan selalu, insyaAllah berkesan.