Monday, 22 February 2016

Memoreen Plus Juice 350ml

MEMOREEN PLUS JUICE 350ML


Harga Pasaran : RM49.00
Harga Kami : RM42.00 sahaja !!
Anda Jimat : RM7.00

Isi Kandungan/Berat : 350ml

Memoreen Plus Juice diformulasi dengan herba-herba terbaik dunia hasil gabungan perubatan Islam, Ayurveda dan Cina yang telah terbukti keberkesanannya. Bahan utama iaitu Bacopa Monneira telah digunakan sejak beratus tahun dahulu dalam perubatan Ayurveda sebagai ramuan semulajadi yang dapat membina potensi minda dengan merangsang aktiviti-aktiviti neuron serta meremajakan sel-sel otak.

Ia mengandungi bahan aktif Bacosida A & B yang telah dikaji mampu memberi protein baru pada otak manusia. Ia juga membebaskan molekul Nitrik Oksida yang bertindak melebarkan pembuluh darah seterusnya melancarkan pengaliran darah keseluruh anggota. Jus Memoreen Plus diformulasi dengan bahan herba terbaik yang melalui proses saringan yang ketat. Ekstrak bacopa monniera yang digunakan telah melalui proses steril menurut piawaian yamg telah ditetapkan oleh agensi penyelidikan dan penguatkuasa di Malaysia bagi memastikan keselamatan pengguna untuk jangka panjang. 

Kajian-kajian mengenai keberkesanan Bacopa Monniera terhadap pertumbuhan sel-sel otak telah dilakukan oleh sebegitu banyak pusat-pusat penyelidikan tersohor seperti Mahatma Ghandi Medical College and Research Institute di India, Khon Kaen University di Thailand, Swineburn University of Technology di Australia, University of Peshawar di Pakistan, Second Military Medical University di China serta banyak lagi diserata dunia.

Ekstrak Bacopa yang dipilih bagi penghasilan Jus Memoreen Plus pula mengandungi bahan aktif bacosida a & b (mampu beri protin baru pada otak) dengan konsentrasi tertinggi seterusnya memberi tindakbalas sel-sel otak dengan serta merta. Para pengguna tidak perlu ragu ragu dengan kualiti Bacopa Monniera yang digunakan oleh Al Aqwa Resources Sdn Bhd dalam penghasilan MEMOREEN PLUS JUICE kerana sebagai pengeluar produk ISLAM, pastinya kami menyediakan yang terbaik untuk para pengguna ISLAM sekalian.


KEBAIKAN & KELEBIHAN MEMOREEN PLUS JUICE :
Memoreen Plus Juice boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah seperti berikut :
✔ Membantu meningkatkan Daya kepintaran berfikir
✔ Membantu meningkatkan Kekuatan mental,emosi menangani cabaran hidup
✔ Membantu mempertingkatkan tahap daya ingatan
✔ Membantu menambah kecerdasan dan kecergasan
✔ Membantu mengatasi masalah gagap, gugup dan darah gemuruh
✔ Membantu melancarkan peredaran darah keseluruh anggota
✔ Membantu mengurangkan stress dan tekanan
✔ Membantu meningkatkan daya tumpuan dan mengatasi masalah lembab
✔ Membantu mengatasi penyakit mudah lupa dikalangan orang dewasa
✔ Membantu mengatasi masalah ADHD pada Kanak-kanak. (kanak-kanak yang hiperaktif dan kurang daya tumpuan
✔ Selain membantu perkembangan minda, MEMOREEN PLUS JUICE ini juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh badan supaya kekal sihat, cergas dan bertenaga.


KANDUNGAN HERBA DALAM MEMOREEN PLUS JUICE :
1. Bacopa Monniera – Herba yang diamalkan dalam sistem perubatan Ayurveda sejak berabad lamanya sebagai tonik untuk mencergaskan serta mengaktifkan sel sel otak. Mengandungi alkaloid, saponin dan sterol serta Bacosida A & B yang merangsang penghantaran isyarat saraf, memperbaiki neuron yang rosak serta menjana aktivit sinaps.

2. Gingko Biloba – Herba yang digunakan dalam perubatan Cina. Ia berkesan menghalang pengumpalan darah serta bertindak melebarkan pembuluh dan meningkatkan aliran darah ke seluruh anggota termasuk bahagian otak. Ini menambah penyerapan oksigen dan glukosa ke sel-sel otak seterusnya merangsang aktiviti neuron.

3. Madu – Makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran :Surah An-Nahl (68-69). Ia mengandungi gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa serta mineral lain seperti magnesium, potassium, sodium, besi dan fosfat. Juga kaya dengan Vitamin B1, B2, B3, B5 dan B6. Mencegah keletihan dan kelesuan sel-sel otak.

4. Buah delima – Makanan sunnah yang disebut di dalam Al Quran: Surah Ar Rahman (66-68) sebagai buah syurga. Kaya dengan sodium dan nutrient lain seperti riboflavin, tiamin, niacin, vitamin C, kalium dan fosforus. Mengandungi anti oksidan polyphenol yang menghalang radikal bebas dari merosakkan sel-sel otak.

5. Rozelle – Buah mengandungi Vitamin C yang tinggi, 3 kali ganda berbanding anggur. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti B1, B2 dan D. Terdapat banyak kalsium dan magnesium serta kaya dengan beta-karotene dan anthocyanin. Kandungan Omega-3 merangsang pertumbuhan DHA bagi tumbesaran minda kanak-kanak.

6. Habbatussauda – Dikenali juga dengan nama Nigella Sativa yang banyak terdapat di tanah Arab. Ia disebut di dalam hadis Nabi sebagai ubat segala penyakit (HR Bukhari, Muslim). Mengandungi lebih daripada 67 jenis bahan aktif serta minyak-minyak asas seperti sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine dan cymene juga alkaloids, saponin dan Asid Amino.

7. Anggur – Anggur mengandungi serat dan vitamin C yang tinggi. Ia kaya dengan flavonoids bersifat anti oksida yang dapat meneutralkan radikal bebas. Ia juga mengandungi resveratrol,iaitu sejenis polyphenol yang dapat menurunkan beta amyloid untuk pesakit Alzheimer.


CARA PENGAMBILAN MEMOREEN PLUS JUICE :
1- Kanak-kanak bawah 7 tahun : 1 sudu besar, 1 kali sehari
2- Kanak-kanak 7-12 tahun : 2 sudu besar, 1 kali sehari
3- 13 tahun ke atas dan dewasa : 2 sudu besar, 2 kali sehari

No comments :

Post a Comment